Announce

Calendar

January 2012
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Mar/08/2009 

OK Aje!

Baru-baru ini aku tukar cadar katil aku dengan warna hijau. Sedang aku tak pernah suka warna itu. Jika orang tanya apa warna yang paling aku suka, aku pilih biru. Ya, biru warna kegemaran aku. Bila aku baring atas cadar baru hijau yang aku beli, aku rasa OK aje. Takde pulak rasa pelik.

Setiap pagi aku akan buat milo untuk sarapan pagi apabila memulakan kerja. Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku memilih Nescafe untuk minum pagi. Aku tak rasa pelik. Malah aku rasa OK aje.

Aku tak suka pakai aksesori. Rantai atau gelang. Anting-anting lagilah. Budak ofis kalau nampak, cakapnya aku buang tebiat. Satu hari tu aku ke Jusco, aku ternampak rantai silver yang simple. Ada permata kecil di tengah-tengah. Aku rasa comel. Aku beli dan bila memakainya aku rasa OK aje.

Kalau ke toilet, aku memang pilih yang mencangkung. Aku geli bila buntut aku basah kena mangkuk tandas. Tapi sejak akhir ni, entah kenapa aku pilih ke toilet yang duduk. Aku tak rasa pelik. Aku rasa OK aje. Buang air pun macam layan aje.

Aku hanya makan coklat susu aje. Coklat yang ada kacang atau kismis memang aku tak makan. Tapi sekarang aku cuba untuk makan coklat-coklat yang ada perisa tambahan selain susu. Aku rasa best juga.Takde yang pelik pun. OK aje.

Orang akan tanya kenapa warna hijau? Kenapa minum Nescafe? Kenapa pakai rantai? Kenapa masuk toilet duduk? Kenapa makan coklat lain?

Atau kenapa berubah?

Aku pilih untuk buat semua perkara itu. Tiada alasan atau hujah terbaik harus aku bagi. Kalau aku tak jawab pun, aku rasa OK aje. 

fazleens · 1360 views · 6 comments

Feb/25/2009 

Bon Voyage

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencuba.
karena merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.. - gibran
fazleens · 457 views · 1 comment

Feb/13/2009 

Kamu kata

Kamu kata
Cinta itu boleh dibahagi dua
Juga tiga
atau sama rata...

Kamu kata lagi
Jasad sentiasa disini
tidak mungkin lari
atau mungkir janji...

Kamu kata juga
acuan pasti sama
adunan wajib sekata...

Aku tahu
Kamu tipu
Bukan begitu??!



fazleens · 316 views · 1 comment

Jan/16/2009 

Cinta dan Kematian

Bunga akan tampak indah
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa 
Tampak indah dari bunga
Kerana ia akan terus tumbuh tanpa musim...

Biarkan aku terbaring dalam lelapku
Kerana jiwa ini telah dirasuki cinta
Dan biarkan daku istirehat
kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang...

Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekelilng ranjang ini
Dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian
dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis di dahi ini...

Biarku istirehat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya
Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku
Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku
Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam mataku kerana makna
ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku berbaring...

Hapuskan airmatamu saudaraku
dan tegakkan kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota fajar pagi
Lihatlah kematian berdiri bagai kolam-kolam cahaya antara ranjangku...

Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapnya
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku
Ciumlah mataku dengan seulas senyumanmu..

Biarkan anak-anak merentangkan tangan-tangan mungilnya
buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka
biarkan masa meletakkan tangan lembutnya didahiku dan memberkatiku
biarkan perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku 
dan mendengar gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku 
aku akan melakukan segala apa yang telah engkau ucapkan tadi
dan aku akan menjadikan jiwaku sebagai sebuah kelambu yang menyelubungi jiwamu

Hatiku akan menjadi tempat tinggal keanggunanmu
serta dada ku akan menjadi kubur bagi penderitaanmu
Aku akan selalu mencintaimu
sebagai mana padang rumput yang luas mencintai musim bunga

Aku akan hidup dalam dirimu umpama bunga
bunga yang hidup oleh panas matahari
aku akan menyanyikan nama mu seperti lembah menyanyikan gema loceng di desa
Aku akan mendengar bahasa jiwamu seperti pantai mendengar kisah-kisah gelombang
Aku akan mengingatimu seperti perantau asing yang mengenang tanah air tercintanya
Sebagaimana orang lapar mengingati pesta jamuan makan
Seperti raja yang turun takhta mengingati masa-masa gemilangnya
Dan seperti seorang tahanan mengingati masa-masa kesenangan dan kebebasan.

Aku akan mengingatimu sebagaimana seorang petani yang mengingati
bekas-bekas gandum di lantai tempat simpanannya
juga seperti gembala mengingati padang rumput yang luas dan sungai yang segar airnya.... -Kahlil Gibran

*Al-Fatihah untuk anak-anak kecil yang  terkorban di Pelestin. Sayang...kerna jemari ini tidak mampu merangkul kamu. Moga Dia bawa kamu terbang ke istana kekal milikNya. Amin.

fazleens · 400 views · 2 comments

Dec/22/2008 

Kepastian

Asean University Games 2008 berakhir sudah. Lepas wrap party kat restoran nelayan semalam, aku pulang ke rumah. Hampir 2 minggu tak balik rumah. Mummy peluk aku dengan Ajune seolah kami dah bertahun tidak bertemu. Ada titisan airmata tatkala mencium aku dan Ajune. Rindu benar Mummy pada kami. Aku pandang muka Mummy dan katakan padanya : Napa nangis ni? Janganlah nangis. Sambil memeluk bahunya. Mummy diam, cuba senyum sambil air jernih menuruni pipi. Baru aku mengerti maksud tangisan gembira. Dulu aku cuba rungkaikan maksud itu menggunakan kata-kata. Rupanya hanya dengan perbuatan ianya dapat disampaikan. I miss you more Mummy. More! Kata aku dalam hati. 

Esok pulang kembali aku ke sarang kerja. Ada panggilan baru untuk dilaksanakan. Aku dilantik menjadi Line Producer untuk siri tv Mighty Brain tajaan RHB. Shooting akan dijalankan tahun depan di seluruh negara. Aku mencari seorang Production Manager yang berpengalaman. Jika ada teman-teman yang mahu bekerjasama, marilah hubungi aku. Aku harus menyenarai pendekkan nama-nama untuk PM aku nanti. Teman-teman bisa tolong aku kan? Terima kasih. 

Minggu lepas aku berbual dengan seorang teman. Seperti biasa argumentasi dan diskusi selalu bikin getar dalam jiwa aku. Memulakan perbualan dengan persoalan tentang assurance atau dalam bahasa melayunya kepastian. Kami berbicara mengenai isu kepastian dalam sebuah perhubungan. Kata teman itu - aku sering dipersalahkan pada titik akhir apabila mereka akhirnya mahukan sebuah kepastian. Sedangkan pada awal perhubungan lagi kita sudah maklum dengan situasi dan keadaan masing-masing. Kita cuba adapt dengan apa sahaja situasi yang pasangan kita berada. Sebagai contoh, kau bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga. Pada awalnya kau sudah tahu risiko yang bakal kau hadapi apabila memilih untuk bersama dengan seseorang yang sudah berkahwin. Pada satu tahap, kau meminta kepastian tentang status kau di situ. Kau mula argue tentang peranan kau dalam hubungan itu. Kau mula memasuki ruang yang tak sepatutnya kau masuk.  Pada saat itu kau akan kecewa dan mula menyalahkan pasangan kau kerana tidak cuba faham dan mengerti diri kau dan perasaan kau. Situasi ini merujuk kepada banyak keadaan. Bukan semata-mata pada mereka yang sudah berkahwin dengan yang belum berkahwin. Ia boleh terjadi dalam jenis relationship yang pelbagai.

Rintihan teman itu menyebabkan dia membuat persepsinya sendiri terhadap perempuan. Katanya, perempuan mahukan security. Perempuan mahukan satu keadaan pasti untuk dia terus di situ. Untuk membuktikan dirinya tidak sia-sia. Untuk merasa dimiliki. Aku membuka perbincangan itu dengan skala yang lebih luas. Aku merasakan bahawa setiap orang selalu tahu apa yang dilakukan. Kenapa dia berada di situ. Mengapa dia bersama seseorang itu. Ada banyak sebab seseorang itu bersama dengan seseorang yang lain. Untuk cinta mencintai itu sudah terlalu klise. Ada banyak lagi apabila kita memilih untuk berada dalam sebuah perhubungan. Seperti definisi cinta setiap manusia, begitu juga sebab berada dalam perhubungan. Ada 1001 alasan. Ada 1001 sebab. Kenapa mahukan kepastian? Kerana kita mahu pastikan pasangan itu jadi milik kita selamanya. Kerana itu acapkali kita bertanya - U sayang i tak? Do u love me? U sayang i sedalam mana? How deep is your love? Boleh buktikan cinta u pada i? Semua soalan-soalan ini kononnya membentuk kepastian. Kadang-kadang tak cukup dengan perbuatan yang ditunjukkan, kata-kata juga penting. Security bagi aku adalah untuk orang-orang yang tak yakin berada dalam sebuah relationship. Paling dashat, mereka tak yakin pada diri sendiri. Kerana itu persoalan kepastian sering diungkit. Security juga untuk orang yang takut kehilangan. Bagi aku, jangan takut untuk kehilangan. Kita tak pernah kehilangan apa-apa, dan kita tak akan pernah kehilangan. Kita akan selalu ada Dia. Dia akan selalu melindungi kita. 

Adakah perkahwinan itu juga satu kepastian? Adakah perkahwinan itu satu pemilikan secara total? Dewa kata - Cinta itu bagai ruang dan waktu, datang dan menghilang. Yang tinggal cuma responsibility. Maka kepastian itu satu harapan. Yang apabila kita berharap, kita mungkin atau akan kehilangan. Kita boleh merasa indah dan bahagia tanpa perlu mengikat dan terikat. Kita boleh tersenyum dengan ruang kita tanpa perlu mencerobohi ruang orang lain. Kita takut kehilangan, tetapi pada akhir hidup kita akan bersendirian. Kata teman aku - Dia tak pernah dengar perempuan yang tidak mahukan kepastian. Aku percaya bahawa, ada diluar sana yang begitu cuma dia belum temui. Kata aku lagi - bukan perempuan sahaja yan mahukan kepastian. Lelaki juga begitu. Tiada bezanya. 

Aku berkawan dengan sesiapa sahaja. Bagi aku takde konsep terikat dan mengikat. Ruang kau sila penuhi, ruang aku sila hormati. Kita ada pilihan dan selagi boleh memlilih, pilih. Siapa yang tak sedih/takut kehilangan? Cuma bagaimana kita handle every situation in our life. How we carry ourself. How we treat other people. Dunia ni terlalu luas untuk membiarkan diri kita di kunci. Dikunci dengan paksaan. Kita patut bebas terbang sehingga kita puas, kerana pasti satu hari nanti kita akan berhenti. Pada ketika itu, kita sendiri yang mahu diri di kunci. Dikunci dengan senyuman. 
fazleens · 608 views · 7 comments

1, 2, 3  Next page