Announce

Calendar

March 2010
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Feb/13/2009 

Kamu kata

Kamu kata
Cinta itu boleh dibahagi dua
Juga tiga
atau sama rata...

Kamu kata lagi
Jasad sentiasa disini
tidak mungkin lari
atau mungkir janji...

Kamu kata juga
acuan pasti sama
adunan wajib sekata...

Aku tahu
Kamu tipu
Bukan begitu??!



fazleens · 152 views · 4 comments

Feb/08/2009 

Gagak

Semalam aku lari dari hingar-bingar kota. Ada laut, ada pasir, batu-batu putih kelabu tersusun dan boleh nampak matahari dari arah paling dekat. Seolah-olah boleh digapai. Indah. Kelihatan abang-abang bermisai tebal memancing, budak-budak main layang-layang, mat-mat rempit yang berhenti sebentar menghayati warna alam, mungkin sudah letih menghidu asap motor, peniaga-peniaga yang menyusun jualan dan aku bersama teman yang memerhati gagak-gagak berterbangan. Sibuk sang teman mengambil gambar-gambar gagak-gagak hitam itu, terpancul satu soalan. 

Aku : Kau rasa kenapa gagak sering di jadikan metafora kepada perkara atau benda-benda yang buruk. 

Dia sibuk lagi mengambil gambar gagak yang bertenggek atas pohon paling berdekatan kami melalui handphone. 

Aku : Metafora kepada kematian, kedukaan, kesakitan. 

Dia : Kecelakaan. 

Aku : Yeah. Kecelakaan. Kemiskinan, keburukan, kerendahan darjat. 

Dia : Semua perkara-perkara buruk. Yeah. 

Aku : Kesian gagak. Mungkin lepas ni kita boleh tukar, gagak disimboliskan sebagai keriangan, kegembiraan, kehidupan, keramaian, kekayaan dalam filem atau dalam karya seni lain. Boleh? Takdalah selamanya gagak itu akan dilabel begitu. 

Kau : Ermm..boleh. Kita berkoloborasi mahu? 

Aku merampas handphone si teman untuk melihat apa yang telah di capture. Seekor gagak pun tak mampu di capture. Imej pohon aje yang mampu. Kami sama-sama ketawa. Meninggalkan gagak-gagak tadi yang menjerit “arrkk..arkkk..arkkk…” mungkin maksudnya, “why…why…why…”. Yang takkan pernah mampu untuk kita jawab.


fazleens · 188 views · 12 comments

Feb/01/2009 

Keterbukaan dan Hari Terbuka : Finas



Aku duduk semeja dengan Yusri dan Norman KRU petang tu. Peristiwa yang terjadi adalah majlis menandatangani MOU antara FINAS dan AETN All Asia Network. Batuk kecil aku sikit sebanyak mengganggu tumpuan Jem (pelawak drama melayu yang dah lama tak muncul) yang duduknya betul-betul di sebelah meja aku. Dia sikit-sikit menoleh ke aku. Aku senyum. Aku batuk lagi. Dia pandang dengan senyum. Aku balas, sorry bang. Batuk! Kata dia, takpe. Yelah, air cond kuat ni. Terus kami jadi kawan baik. Bersembang sampai jamuan makan. Cerita zaman dia jadi anak bangsawan sampai ke hari ini habis dibogelkan. Bau kari menusuk-nusuk. Letih dengar ucapan, perut memulas lapar. Sambil makan, terlihat kelibat Afdlin Shauki, Kavita Kaur, Suhaimi Baba, Yusuff Haslam dan ramai lagi orang-orang filem. Oh, Razak Mohideen pun ada. Baru aku tahu, rupanya ada Hari Terbuka FINAS. Juga highlight isu ialah pembukaan rasmi Studio Dolby pertama di malaysia yang menelan entah berapa juta. Aku tanya Denny (rakan sekerja) berapa agaknya kalau kita nak sewa untuk guna studio ni. Denny jungkit bahu. Mesti mahalkan? Soalan bodoh aku. Denny sengih aje.

Aku dengan team ke sana untuk dapat info tentang proposal documentary yang boleh dihantar setelah termetrinya MOU antara mereka ni. Itu pun tahu last minute. Ni masalah media tak nak ambil tahu atau pun diorang sendiri tak well organized. Usai makan-makan, emcee mengarahkan untuk audience stay menunggu acara seterusnya iaitu penerangan soal penghantaran proposal tersebut. Seorang demi seorang blah lepas makan. Kerusi kosong. Orang  putih pulak yang ramai dari orang coklat. (ini bukan statement rasict) Orang-orang yang bising tentang tak dapat peluang dan di anak tirikan oleh negara sendiri tu mana? Takkan orang putih pula nak selongkar khazanah Malaysia? Takkan orang putih yang lebih tahu sejarah Tok Janggut? Atau biografi P.Ramlee. Bos produksi aku, Min ajak ke depan. Minah slang british pekat memulakan presentation. Ada 3 channel yang boleh diisi untuk proposal. History Channel, Crime & Investigation Channel dan Biography Channel. Juga diselitkan penayangan trailer dari setiap channel untuk memudahkan apa yang harus dihantar nanti. 

Aku keluar menonton The Making Of Geng The Movie (Upin dan Ipin), filem animasi yang di war-warkan dari tahun lepas. Ramai yang sibuk begambar dengan kereta-kereta mewah kat tempat pameran. Entah apa kena mengena pameran kereta dengan Finas pun aku tak faham. Sepatutnya ada booth untuk filem-filem pendek atau independent kat situ. Bos aku dua orang ni pun sempat juga minta aku rakamkan gambar mereka di hadapan kereta Hummer. Diorang kata kereta ni ada berapa biji je kat Malaysia. Masa aku ambil gambar diorang, aku nampak Yusoff Haslam lalu. Aku cakap dengan diorang, lebih baik korang ambik gambar dengan dia daripada dengan Hummer ni. Untung-untung dapat jadi crew untuk siri Gerak Khas The Movie 8. Sebelum balik, deretan orang yang memakai nombor di baju warna kuning striking masih ramai macam awal-awal aku jejak di Finas. Diorang beratur untuk audition terbuka. Ramai yang nak jadi pelakon tersohor. Tapi kenapa pelakon kita balik-balik muka yang sama je kan? Oh ya, diorang beratur panjang tapi masih belum sepanjang orang beratur untuk audition AF. 

Entry ni secara tak langsung untuk teman dan kekasih aku semua yang selalu singgah di blog hamba ini. Nak dapat info lengkap terus ke laman Web Finas atau mereka yang bersangkutan. Aku pun boleh bagi, simple aje cara untuk pitch idea proposal ni. Mereka ni berjanji untuk bagi grant sekiranya proposal yang dihantar terpilih dan documentary ini nanti akan dinikmati secara global. Deadline ialah hujung bulan february ni. Good Luck My Lovers. Go for it! 



Aku percaya dan angkat A.R Tompel sebagai pelawak paling cool kat Malaysia.


Sebelum pulang. Gajah dawai ini buat aku teruja. Dia berada betul-betul sebelum entrance Finas. 
fazleens · 276 views · 7 comments

Jan/28/2009 

Cinta VS Tanggungjawab

Kau : Aku cuma ada rasa tanggungjawab. Cinta itu sudah tiada.

Aku : Kenapa cinta itu sudah tiada?

Kau diam. Melepaskan nafas. Entahkan lega. Entahkan redha. Entahkan apa.

Aku : Dulu kau bersama dia atas rasa cinta kan?

Kau angguk. Perlahan-lahan. Senyum.

Aku : Kini cuma tinggal tanggungjawab?

Kau : Ya! Cuma tanggungjawab. Hanya itu yang buat aku masih bertahan. Rasa cinta itu sudah tiada.

Aku : Tapi, tanggungjawab itukan cinta?

Kau diam. Mata tembus wajah aku. Bentuknya abstrak. Aku pandang bebola mata kau. Bentuknya tepat.

Kau dan aku senyum.



Jom ramai-ramai ke Stor DBP. Jom!

fazleens · 1323 views · 10 comments

Jan/24/2009 

Bersuara di atas layar

Akhirnya Sinkronis Berjaya dipertontonkan. Malam itu, entah kenapa aku rasa agak nervous ketika anak kedua Jaja itu dipersembahkan di layar. Mungkin teruja menontonnya pertama kali. Mungkin juga segan tengok diri sendiri. Macam-macam perasaannya. Bilik tayangan juga agak penuh malam itu. Secara keseluruhan, aku sangat bangga dengan Jaja. Short film pertama Jaja, Tenggiri sangat jauh bezanya dengan Sinkronis. Jauh sangat. Satu sikap Jaja yang aku kagum dari dulu (walaupun aku baru saja mengenalinya) dia peramah dan humble. Jaja mengumpul kawan-kawan setiap kali dia melangkah. Sikap itu membuatkan dia semakin matang dan ramai kawan-kawan yang mendampinginya bukan sekadar kawan tetapi juga akan sedia membantu. Mudah aje teorinya, setiap apa yang kita buat, kita kaji, ambil kritikan sebagai panduan dan improve. Jaja punya ciri-ciri itu. Ada aku berbual dengan seorang teman, Sinkronis seperti menonton filem Wong Kar Wai – In The Mood For Love. Kata mereka, tiada originality. Memang kita takkan pernah lari dari memasukkan pengaruh dari tontonan filem yang kita suka. Aku juga melihat sedikit sebanyak pengaruh itu dalam Sinkronis. Apatah lagi, Wong kar Wai antara sutradara yang aku gemar. Bagi aku, perjalanan Jaja masih panjang. Dalam umur semuda itu diasudah punya 2 filem pendek. Dia akan teroka lebih lagi. Dan takkan pernahberhenti. Bukan begitu sis? Sinkronis juga sengaja dipertontonkan untuk mengambil kritikan dari khalayak. Menurut mereka itu baru first cut, Jaja akan masuk bilik editing lagi, untuk menyempurnakan bahagian-bahagian yang dirasakan belum benar-benar cantik. You go girl! I am really proud of you.

Filem Omak cilikku, Enek kelambu itu paling menyentuh. Aku suka dengan kejujurannya. Karya seni harus jujur. Aku semakin mengangkat statement itu tinggi-tinggi dalam jiwa. Kalau kita buatkarya yang tidak dekat dengan kita atau cuba untuk mengambil isu berat-berat supaya orang kagum dengan kita, ia jadi terlalu pretentious. Tak perlu terlalu memikirkan kekaguman dan ketaksuban orang terhadap apa yang kita cuba hasilkan. Just being honest. Simple. Apatah lagi pengarahnya mendedikasikan cerita itu pada ayahnya. Kagum sungguh aku. Selain pengalaman sebenar pengarahnya tentang kemiskinan, ada banyak kritikan sosial yang ada dalam karya itu. Tahniah team Wak Dol. Karya kecil yang besar jiwanya.

Tribute Awan Mendung Menanti Pelangi aku takrasa nak komen. Takut kena lempang dengan Azri. Haha. Secara personal, aku tak berapa suka dengan filem itu. Ketepikan soal pemilihan pelakon di kalangan lecturer UITM yang mengundang gelak tawa student, juga buang jauh-jauh soal teknikal yang digunakan dalam filem itu untuk menyamakan dengan filem-filemmelayu 70-an. Soalnya, Azri and the team harus clear soal penggunaan perkataan ‘tribute’dalam filem itu. Kenapa bila aku menonton ‘Esok Masih Tiada’ atau ‘PelangiPetang’, aku masih boleh menangis? Aku juga dibesarkan dengan filem-filem melankolik seperti itu. Dan masih boleh merasakan kesedihan jika ia sedih,masih boleh ketawa jika kena pada lawaknya. Tapi bila tonton Awan Mendung, ia jadi sebaliknya. Ada kalanya, ia seolah mahu memberitahu yang itulah dia filem-filem 70-an. Seolah-olah ‘mengejek’ secara tak sedar. Aku tak ada masalah dengan skripnya. Aku ada nampak banyak kritikan halus di dalamnya. Aku suka. Cuma dari segi directionnya sahaja yang perlu diperbaiki. Ini cuma pendapat peribadi aku. Azri and the gang tentu ada point yang lebih besar untuk mempertahankannya. Lagi satu, seorang film maker tak boleh cepat melatah. Kena calm dan open minded. Kritikan dan argumentasi lebih baik dari pujian. Ajun cakap Azri ada nama baru – The angry man. Hehe. Jangan marah darling.

Selepas Lost Communication, aku kini dalam proses pemeraman skrip filem pendek yang baru. Filem ini aku dedikasikan untuk Ajun. Temanya tentang hubungan adik-kakak. Hubungan darah daging. Aku ada persepsi terhadap Ajun, Ajun punya persepsi terhadap aku. Kita berbeza walau keluar pada rahim yang sama. Tetapi yang paling penting, soal bagaimana toleransi itu wujud. Dan toleransi itu membawa kepada hubungan yang mesra dan cipta kasih sayang. Ye! Aku mahu jadi lebih jujur kali ini. Membuat sesuatu yang dekat dengan aku. Dan tidak terlalu ‘mencuba’.  Tajuknya masih lagi dalam pemeraman. Aku merancang beri skrip ini pada Razaisyam. Kerana aku suka dengan direction dan pemikirannya. Juga aku sudah lama mahu berkoloborasi dengan beliau. Tapi kena tengok time dia juga, dia busy sangat sekarang, takut takde masa melayanaku (ayat test market). Juga bersama team Ironiiris yang telah aku ceritakan plan aku semasa di Malis nasi Lemak tempohari. Secara teknikalnya, aku mahu bercerita melalui gambar. Insyaallah, aku merancang bulan Mac untuk shooting.  Harap semuanya berjalan dengan lancar. 


fazleens · 205 views · 10 comments

Previous page  1, 2, 3, 4 ... 13 ... 23  Next page